(1) Persaingan British dgn kuasa imperialisme baru
1. Perancis, Jerman,Amerika Syarikat dan Rusia bersaing dapatkan bahan mentah dan tanah jajahan.
2. Tanah Melayu dan Siam menjadi rebutan kuasa.
3. British bimbang apabila Perancis meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang
membina terusan di Segenting Kra.
4. Pembinaan terusan di Segenting Kra mengancam perdagangan dan pelabuhan Singapura.
5. Jerman berusaha dapatkan Pulau Langkawi drp Siam.
6. Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu.
7. Rusia berhasrat buka petempatan di Ujung Salang, Thailand.
8. Kebimbangan mendorong British meluaskan pengaruh ke Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu.
(2) Perjanjian Sulit 1897
1. Ditandatangani pada tahun 1897.
2. Antara British dengan Siam
3. Bertujuan menghalang Siam menyerahkan ataumembenarkan kuasa lain bertapak di selatan Siam.
4. Syarat Perjanjian Sulit 1897;
a. Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan,Terengganu, dan Perlis kepada kuasa lain tanpaizin British.
b. British akui hak Siam ke atas negeri-negeritersebut.
c. British akan membantu Siam jika diserang musuh.
5. Perjanjian Sulit gagal menghalang sultan negerinegeri tersebut menjalin hubungan dengan kuasa lain,
6. Sultan Kelantan memberikan konsesi tanah kepada Duff Development Company.
7. Duff jalankan usaha melombong emas di Kelantan.
8. Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat utk buka petempatan di Pulau Redang.
9. Ini membimbangkan British kerana kuasa lain akan bertapak di Tanah Melayu.
Nak Lagi ? Di sini:
http://www.mediafire.com/?2d7454mq2x9mwnq
Siapa yang nak bab-bab sebelum ni sila comment ya :-)
ReplyDelete